Sabah pun ‘total lockdown’ - Utusan Malaysia

Sabah pun ‘total lockdown’

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk turut melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu perlu bagi membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di Sabah.

Katanya, sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan akan diumumkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang akan melaksanakan total lockdown selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun ini sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hari ini, kes positif Covid-19 di Sabah meningkat kepada 308 kes, berbanding 217 kes semalam.

Lewat petang tadi, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya