Russia luluskan vaksin Covid-19 satu dos Sputnik Light - Utusan Malaysia

Russia luluskan vaksin Covid-19 satu dos Sputnik Light

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pegawai kesihatan di Rusia meluluskan vaksin Covid-19 Sputnik V versi dos tunggal.

Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), yang membantu membiayai vaksin pembangunan vaksin itu dalm satu kenyataan memberitahu, vasksin dikenali sebagai Sputnik Light itu “menunjukkan keberkesanan 79.4 peratus berbanding 91.6 peratus untuk Sputnik V dengan dua dos.

Keputusan itu dibuat hasil daripada ujian yang telah dijalankan dalam tempoh 28 hari setelah suntikan diberikan sebagai sebahagian dari program vaksinasi massa Rusia antara 5 Disember 2020 dan 15 April 2021”.

Vaksin Rusia telah diluluskan untuk digunakan di lebih dari 60 negara.

Tetapi ia belum diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah (EMA) atau Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Beberapa negara Barat waspada terhadap Sputnik V – yang dinamai satelit era Soviet – kerana kekhawatiran Kremlin akan menggunakannya sebagai alat kekuatan lembut untuk memajukan kepentingannya.

Moscow mendaftarkan ubat itu pada bulan Ogos sebelum ujian klinikal berskala besar, tetapi jurnal perubatan terkemuka The Lancet sejak itu mengatakan bahawa ia selamat dan dengan dua dos lebih daripada 90 peratus berkesan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya