Ribuan penyokong berhimpun mengingati kematian Floyd - Utusan Malaysia

Ribuan penyokong berhimpun mengingati kematian Floyd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNESOTA: Kira-kira 1,5000 penyokong termasuk ahli keluarga lelaki kulit hitam, George Floyd berhimpun sempena ulang tahun pertama mengingati kematiannya.

Himpunan itu dimulakan dengan ucapan di luar Pusat Kerajaan County Hennepin di Minneapolis.

Kakak Floyd berkata, mereka sekeluarga terpaksa menempuh tahun yang panjang, menyakitkan serta mengecewakan.

“Saya akan terus berdiri teguh dan bersuara bagi dirinya. Saya akan terus teguh menjadi ejen perubahan baginya,” tegasnya.

Floyd, 46, meninggal dunia selepas anggota polis, Derek Chauvin berlutut atas lehernya selama hampir sembilan minit sejurus dia ditahan pada 25 Mei 2020 kerana disyaki terlibat dalam kes penggunaan dokumen palsu di sebuah kedai makanan berdasarkan gambaran imej suspek.

Video kejadian yang dirakam oleh orang awam menjadi tular sekali gus mencetuskan kemarahan hingga berlaku demonstrasi besaran yang bertukar ganas di Amerika Syarikat (AS). -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya