Remaja 18 tahun dirogol bapa hampir setiap hari sejak usia 6 tahun -

Remaja 18 tahun dirogol bapa hampir setiap hari sejak usia 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya selepas mendakwa menjadi mangsa rogol dan dicabul bapa sendiri hampir setiap hari sejak berusia enam tahun.

Kali terakhir perbuatan terkutuk itu dilakukan bapanya yang berusia 45 tahun adalah pada Selasa lalu di rumah mereka di Taman Seri Delima, di sini kira-kira pukul 6.30 pagi.

Tidak lagi mampu menanggung tekanan dan trauma daripada perbuatan keji bapanya sejak 12 tahun lalu yang turut didakwa meliwatnya, remaja berkenaan tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, dalam kejadian terbaharu Selasa lalu, mangsa mendakwa suspek meraba kemaluannya ketika berada di ruang tamu rumah mereka.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di bilik air dan sebaik sahaja wanita itu keluar, suspek terus menghentikan perbuatan terkutuknya terhadap remaja terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Shafee, selain memaksa mangsa melakukan hubungan seks, bapa durjana itu juga didakwa pernah meliwat remaja terbabit ketika berusia 15 tahun tanpa pengetahuan ibunya.

Tambah beliau, mangsa mendakwa terpaksa merahsiakan perbuatan bapa kandungnya itu kerana trauma dan takut terhadap lelaki terbabit selain bimbang menjejaskan hubungan antara kedua ibu bapanya.

Katanya, mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik yang kini bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

“Mangsa juga dikatakan selalu tidur bersama ibu dan bapanya di bahagian ruang tamu rumah mereka hampir setiap hari,” katanya yang memaklumkan, kali terakhir mangsa dipaksa melakukan hubungan seks ialah pada awal tahun lalu.

Sementara itu Shafee berkata, bertindak daripada laporan oleh remaja terbabit, polis menyerbu rumah keluarga berkenaan dan menemukan lima spesimen atau barang kes di tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya yang memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan sumbang mahram.

Tambahnya, polis kini sedang giat memburu suspek yang bekerja sebagai juruteknik kilang di Bayan Lepas dekat sini yang dipercayai telah melarikan diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya