Remaja cedera kumpulan penunggang motosikal bergesel sesama sendiri 

Remaja cedera kumpulan penunggang motosikal bergesel sesama sendiri 

TANGKAP layar sekumpulan penunggang yang jatuh selepas bergesel sesama sendiri ketika menunggang motosikal secara beramai-ramai di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berdekatan Bayan Baru, Pulau Pinang, malam tadi. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang remaja cedera selepas motosikalnya bergesel dengan beberapa motosikal rakannya yang lain ketika menunggang secara beramai-ramai di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berdekatan Bayan Baru, dekat sini malam tadi. 

Insiden kira-kira pukul 10.20 malam itu tular dalam media sosial hari ini apabila video berdurasi 29 saat yang memaparkan kira-kira 30 penunggang motosikal bergesel sesama sendiri dan jatuh di jalan raya dikongsi pengguna. 

Berdasarkan rakaman itu, kenderaan berkenaan dilihat ditunggang secara berkumpulan dipercayai secara laju sebelum beberapa buah motosikal terbalik kerana bergesel sesama sendiri. 

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan, kemalangan itu membabitkan sekumpulan kira-kira 30 penunggang motosikal. 

“Kejadian berlaku sebaik sahaja kenderaan peronda polis tiba di tempat kemalangan dan rakaman itu tular dalam media sosial. 

“Seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun cedera pada lengan dan belakang badan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung dakwaan kumpulan berkenaan dikatakan mahu melakukan kegiatan lumba haram. 

“Siasatan sedang diteruskan. Tidak dipastikan (dakwaan berlumba) kerana di dalam video tiada aksi merempit, cuma dilihat (menunggang) berkumpulan,” katanya. 

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Rule 10 LN166/59. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya