PTPTN sedia empat saluran dalam talian - Utusan Malaysia

PTPTN sedia empat saluran dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat saluran dalam talian disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan, empat saluran tersebut adalah shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY hasil kerjasama strategik PTPTN dengan penyedia saluran terbabit.

Katanya, kemudahan saluran itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari dalam usaha mengurangkan rantaian Covid-19.

“Dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kaedah bayaran dalam talian adalah alternatif terbaik membantu masyarakat menunaikan tanggungjawab sebagai peminjam tanpa perlu keluar rumah untuk ke kaunter PTPTN.

“Pendekatan bayaran dalam talian ini juga adalah sebahagian usaha ke arah pendigitalan PTPTN secara menyeluruh bagi penyampaian perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung,” katanya di sini hari.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, kempen ‘Click, Pay & Earn’ turun diadakan khusus buat semua pelanggan PTPTN.

Menurutnya, dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’, pengguna terawal yang menggunakan saluran ini berpeluang mendapat ganjaran bermula 25 Mei hingga 24 Jun ini.

Dalam pada itu, Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, kerjasama berkenaan selaras dengan pelan Malaysia untuk mempercepat proses digitalisasi termasuk dalam bidang pembayaran.

“Kami juga telah mengaktifkan beberapa pilihan kaedah pembayaran bagi PTPTN seperti perbankan dalam talian, kad kredit dan debit serta dompet mudah alih kami sendiri.

” Kolaborasi bersama PTPTN untuk kempen ini dapat mewujudkan ekosistem digital yang lebih luas buat para pengguna dan dalam masa sama menjadikan Malaysia sebuah negara digital” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya