PSP mahu jadi pusat latihan teknologi dron komprehensif - Utusan Malaysia

PSP mahu jadi pusat latihan teknologi dron komprehensif

HARITH Fadzilah Abd. Khalid (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada pelatih program serta pengurusan Penang Port dan tenaga pengajar dari MUDAS di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Kerjasama pintar yang dijalin bersama tenaga pakar pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron khususnya daripada Persatuan Aktivis UAV Dron Malaysia (MUDAS) mampu menjadikan Politeknik Seberang Perai (PSP) sebagai platform pusat latihan teknologi dron yang komprehensif pada masa depan.

Pengarah PSP, Harith Fadzilah Abd. Khalid berkata, ketika ini dron digunakan secara meluas dalam beberapa sektor termasuk pertanian, keselamatan dan pemeriksaan infrastruktur sekali gus menunjukkan tenaga kerja yang berilmu serta berkemahiran tinggi dalam operasi pengendalian jentera itu sangat diperlukan.

“PSP sebagai salah sebuah institusi TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) komited dan fokus dalam menyediakan latihan atau program yang dapat melahirkan modal insan yang terlatih, berkepakaran tinggi serta berpengalaman dalam teknologi dron ini.

“Menerusi kerjasama pintar dengan MUDAS, suatu kerangka latihan sedang dibangunkan bagi merancakkan lagi latihan-latihan berkaitan penggunaan teknologi dron dan ini seterusnya bakal menjadikan PSP sebagai salah satu Pusat Latihan dan Penyelenggaraan Dron utama di zon utara selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pentauliahan Program Jurupandu UAV Dron dan Program Penyelenggaraan serta Pembaikan UAV Dron di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 20 pelatih yang terdiri daripada kalangan kakitangan PSP serta Penang Port Sdn. Bhd.menamatkan program latihan berkenaan yang berlangsung selama 28 hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya