PPK Kuala Langat lancar laman sesawang pasarkan lembu korban - Utusan Malaysia

PPK Kuala Langat lancar laman sesawang pasarkan lembu korban

ABDUL Razak Khasbullah (kanan) sedang melawat ladang ternakan lembu ahli PPK Kuala Langat, Muhammad Faiz (kiri) di Permatang Pasir Jugra Selangor hari ini. -UTUSAN ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat melancarkan laman sesawang qurbanpeladang2u.my bagi memudahkan urusan ibadah korban pada era pandemik Covid-19.

Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr.Abdul Razak Khasbullah berkata, pemilihan ternakan dan pembayaran semuanya dilakukan di dalam talian melalui laman sesawang tersebut.

Menurutnya, pihaknya menyediakan beberapa rumah penyembelihan di kawasan ternakan lembu milik ahli-ahlinya di Kampung Endah, Tanjung Sepat dan di Pulau Nyatoh, Banting.

“Aktiviti korban dilakukan di rumah penyembelihan dan hanya peserta korban dibenarkan hadir pada hari penyembelihan selaras prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Daging yang disembelih dibawa balik oleh peserta seperti ahli jawatan kuasa masjid dan surau untuk proses pengagihan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ladang lembu milik ahli PPK Kuala Langat, Muhammad Faiz Harol Hisham di Permatang Pasir Jugra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, rasional bagi pendaftaran melalui qurbanpeladang2u.my tersebut, umat Islam yang masih ingin melakukan ibadah korban dalam era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih boleh mendapatkan lembu korban tanpa perlu bersemuka.

“PPK Kuala Langat bergiat aktif dalam mengendalikan ibadah korban bagi pasaran sekitar Kuala Langat sejak 2011 bermula dengan 20 ekor dan telah berkembang kepada 2,000 pada 2019.

“Namun, ketika pandemik Covid-19 tahun lalu, tempahan hanya 1,200 ekor dan tahun ini kita menyasarkan sebanyak 2,000 ekor untuk pasaran dengan harga RM5,000 seekor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya