Persatuan Iban buat laporan polis terhadap Ryzal - Utusan Malaysia

Persatuan Iban buat laporan polis terhadap Ryzal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Iban telah membuat laporan polis terhadap influencer, Ryzal Ibrahim atas dakwaan mempersendakan pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban.

Menurut Kelab Kesenian dan kebudayaan Dayak Sibu ( Kemada ), penghinaan itu adalah tidak wajar sama sekali dan Kemada akan terus mempertahankan warisan budaya Iban.

“Warisan ini sangat bernilai dan melambangkan budaya Iban. Baju tradisi ini juga sangat berharga dan bermakna untuk kaum Iban,” maklum Kemada menerusi akaun Facebook.

Senada dengan Kemada, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Tajai (alat tradisi) Sarawak, dalam hantaran dimuat naik di akaun Facebook juga membuat laporan polis terhadap DurianKimchi (Akaun Media sosial Ryzal).

“Jangan merendahkan atau memperbodohkan baju tradisi kaum Iban,” tulis Tajai.

Semalam, satu permohonan maaf secara terbuka sekali lagi dibuat oleh Ryzal dan akur jika pintanya itu tidak dimaafkan orang ramai.

Untuk rekod, pemuda berasal dari Kelantan itu dikecam hebat netizen termasuk golongan selebriti di atas gurauan kasarnya baru-baru ini.

Ryzal dipercayai bergurau dengan isterinya, Maryam, yang memakai baju trasional Iban tatkala dalam satu program rakaman. Namun video yang dimuat naik di Instastory Instagram itu sudah ditarik semula bagi menghormati sensitiviti.

Dalam perkembangan lain, Ryzal juga akan membuat permohonan maaf secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada hari dan waktu yang akan diumumkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya