Penuntut UUM di kawasan PKPD dinasihat tangguh pulang ke kampus - Utusan Malaysia

Penuntut UUM di kawasan PKPD dinasihat tangguh pulang ke kampus

Tokoh-tokoh akademik berbeza pandangan tentang membuka IPT secara bersemuka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada di kawasan terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan pulang ke kampus hingga 1 Jun ini.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, perkara itu selaras dengan pelaksanaan PKPD melibatkan lokaliti-lokaliti tertentu di beberapa negeri.

“Mereka yang menjalani arahan kuarantin, memakai gelang merah jambu atau tinggal serumah dengan ahli keluarga yang memakai gelang merah jambu turut diminta menangguhkan perjalanan kembali ke kampus hingga tempohnya selesai.

“Bagi mahasiswa lain yang membeli tiket bas sewa khas, menaiki kenderaan sendiri atau dihantar pulang ke kampus oleh ibu-bapa, mereka dibenarkan kembali ke kampus mengikut tarikh ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, UUM menetapkan kepulangan pelajar ke kampus dilaksanakan antara 19 Mei hingga 23 Mei 2021.

Ahmad Bashawir memaklumkan, mereka yang baru pulang ke kampus bagaimanapun perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus atau inapan siswa masing-masing.

“Pengurusan UUM amat berharap agar semua warga kampus sentiasa mengamalkan norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan universiti agar rantaian jangkitan Covid-19 ini dapat diputuskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya