Peniaga durian dipelawa sertai perniagaan online di JBO@MBPP 

Peniaga durian dipelawa sertai perniagaan online di JBO@MBPP 

YEW Tung Seang dalam sidang akhbar mempelawa peniaga durian menjual hasil mereka menerusi platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Menjelang musim durian tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjemput peniaga durian dan pemilik ladang menyertai perniagaan dalam talian (online) melalui platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) untuk memudahkan mereka menjual durian kepada orang ramai. 

Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang berkata, para peniaga durian juga digalakkan menyewa gerai  bagi menjual raja buah itu di pasar awam dan kompleks perniagaan yang disediakan MBPP. 

“Selain menjalankan perniagaan secara hibrid iaitu melalui JBO@MBPP (dalam talian), peniaga juga boleh memilih initiatif lain MBPP iaitu Bisnes dari ladang (BFF), bisnes dari kedai (BFS) dan bisnes dari gerai  (BFG),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Tung Seang, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkuatkuasakan di negara ini bagi kali ketiga telah mengehadkan pergerakan orang awam dan menjejaskan perniagaan para peniaga. 

Sehubungan itu katanya, platform perniagaan secara dalam talian akan membantu peniaga dan penjaja meningkatkan jualan mereka terutama ketika PKP. 

Tambahnya, MBPP telah memperkenalkan inisiatif JBO@MBPP itu sejak PKP 1.0 tahun lalu bagi membantu penjaja dan peniaga-peniaga kecil. 

“Pelancaran JBO@MBPP diadakan pada 7 April 2020 dan sejak itu, JBO@MBPP telah mendapat sambutan yang amat baik. 

“Sekarang, JBO@MBPP memiliki empat kategori perniagaan iaitu F&B (makanan dan minuman), barangan pasar, barang umum dan buah-buahan bermusim,” katanya. 

Dalam pada itu katanya, peniaga yang memerlukan nasihat mengenai cara memulakan perniagaan dalam talian menggunakan platform JBO@MBPP boleh menghubungi pasukan transformasi digital MBPP, Sri Mageswari Pattel di talian 011-26516403. 

“Mereka yang ingin menyertai platform ini juga boleh mendaftar melalui https://jbo.mbpp.gov.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya