Penduduk Langkawi masih ramai tak daftar terima suntikan vaksin

Penduduk Langkawi masih ramai tak daftar terima suntikan vaksin

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jumlah penduduk di pulau ini yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin cuma kira-kira 32,000 orang daripada 75,000 penduduk di pulau itu, setakat ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr. Mansor Ismail berkata, kebanyakan golongan yang belum mendaftar itu merupakan mereka berusia 18 tahun ke atas dan bakal menerima suntikan vaksin pada fasa tiga program vaksinasi,.

Malah, katanya, golongan tersebut juga tidak mempunyai masalah kesihatan serius.

“Bagaimanapun pendaftaran golongan berusia 18 tahun ke atas masih rendah walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menarik penduduk di Langkawi mendaftar segera di aplikasi ‘MySejahtera,” katanya di sini hari ini.

Dr. Mansor memberitahu, ketika ini, hanya seramai 9,000 orang di pulau itu atau 12 peratus daripada 75,000 penduduk di Langkawi  telah menerima suntikan vaksin tersebut.

Jelasnya, suntikan fasa kedua program vaksinasi yang diadakan sekarang melibatkan golongan 60 tahun ke atas dan mereka yang berisiko tinggi.

“Pada awal fasa kedua program itu mendapati sambutan yang diterima masih kurang memuaskan apabila ramai dalam kalangan mereka mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’.

“Keadaan tersebut menyebabkan pihak jawatankuasa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpaksa memanggil mereka yang berada di dalam senarai pengganti bagi memastikan kesemua vaksin yang telah dikeluarkan dapat disuntik kepada penerima,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya juga mendapati sebilangan mereka yang terlepas temu janji sebelum ini mula menyerbu PPV.

“Saya juga meminta mereka yang belum menerima tarikh suntikan untuk tidak hadir ke PPV bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya