Pejuang tawar khidmat guaman kepada mangsa insiden LRT

Pejuang tawar khidmat guaman kepada mangsa insiden LRT

Pejuang menawarkan khidmat nasihat guaman kepada mangsa yang terlibat dengan insiden LRT pada 25 Mei lalu. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menawarkan khidmat nasihat guaman kepada mangsa yang terlibat dengan insiden Transit Aliran Ringan (LRT) pada 25 Mei lalu.

Exco Guaman dan Perundangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Muhamad Wafiq Hadie berkata, insiden tersebut sedikit sebanyak telah memberikan impak negatif terhadap kepercayaan rakyat kepada keselamatan dan kesejahteraan pengelolaan pengangkutan awam di negara ini.

“Tawaran pampasan berjumlah RM1,000 dan tanggungan kos hospital terhadap mangsa-mangsa yang dimaklumkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tempoh hari tidak melepaskan badan berkanun terbabit dari tanggungjawab fidusiarinya dan undang-undang kecuaian bagi sebarang bentuk gantirugi lain yang selayaknya diterima oleh kesemua mangsa yang terlibat.

“Justeru, Biro Guaman dan Perundangan Pejuang Muda dengan sebulat suara sedia untuk menawarkan khidmat nasihat guaman kepada mana-mana mangsa serta ahli keluarga mangsa terkait insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Muhamad Wafiq berkata, mangsa berhak membuat tuntutan, berdasarkan kes yang berlaku pada 2003 apabila roda keselamatan monorel seberat 14kg terjatuh di atas kepala seorang wartawan bernama David Cheliah, menyebabkan keretakan di tengkorak kepalanya dan bertindak menyaman operator sebanyak RM5 juta.

“Mengimbau insiden keselamatan yang melibatkan pengangkutan awam monorel di Malaysia pada tahun 2003 di mana di dalam kejadian tersebut mangsa mengalami cedera parah. Mahkamah Tinggi telah mendapati defendan, iaitu syarikat pengendali monorel bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

“Tidak terkecuali, pihak Prasarana sebagai pihak yang diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan urusan pengangkutan awam LRT, bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk mengendalikan urusannya dengan penuh cermat dan menjalankan kewajipannya bagi penelitian terperinci dari aspek keselamatan bagi mengelakkan bahaya kepada semua penggunanya,” katanya.

Justeru, katanya, sebarang penerangan dan nasihat lanjut boleh dihubungi di talian 011-1969 8298 ataupun melalui emel rasmi [email protected].

Kejadian pelanggaran dua buah koc LRT di laluan Kelana Jaya menyebabkan seramai 213 penumpang tercedera dengan 47 daripada cedera parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya