Pasukan khas siasat insiden tren - Utusan Malaysia

Pasukan khas siasat insiden tren

WEE Ka Siong dalam sidang akhbar di lokasi insiden melibatkan dua tren Aliran Transit Ringan (LRG) Laluan Kelana Jaya. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden melibatkan dua tren Aliran Transit Ringan (LRG) Laluan Kelana Jaya di sini, malam ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Al Bakri akan menghantar laporan awal berhubung kejadian tersebut kepada Kementerian Pengangkutan esok.

“Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi.

“Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran in,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Tambahnya, ini adalah kejadian pertama membabitkan pertembungan tren LRT dalam 23 tahun perkhidmatan itu beroperasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pelanggaran itu melibatkan tren dari Gombak itu yang membawa 213 penumpang manakala tren dari arah Kelana Jaya tidak membawa penumpang.

Ujarnya, ia dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

“Sebanyak 166 penumpang dilaporkan mengalami luka ringan. Mereka yang crdera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya