Nasir, kita sudah tua janganlah berbohong - Mozylir - Utusan Malaysia

Nasir, kita sudah tua janganlah berbohong – Mozylir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pemilik dan pengurus Home of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin meminta agar pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud untuk bercakap yang benar selain tidak menyembunyikan perkara dan fakta yang tepat berhubung keizinan menggunakan nama Search untuk tujuan jualan aksesori dan produk di bawah kendalian HOC.

Menurut Mozylir, dakwaan Nasir dan bekas vokalis Search, Amy dilihat tidak berasas memandangkan keizinan tersebut sudah dipersetujui oleh semua anggota Search melibatkan dirinya, Hamzah Mohd Taib (Kid) termasuk Nasir sendiri.

“Nasir tahu setiap perancangan yang akan kami buat berhubung perniagaan ini sejak tahun lepas lagi. Saya kerap bertemu dengan dia di Johor Bharu memandangkan lokasi kami dekat dan ia memudahkan urusan perbincangan.

“Malah saya juga telah memberikan draf untuk dia lihat cuma tidak bertanda tangan sahaja. Kami juga saling berkongsi idea untuk merealisasikan projek ini. Jadi, secara dasarnya, dia menyatakan persetujuan dan sangat menyokong usaha saya serta Din ini.

“Apabila dia kata tidak tahu, saya agak kecewa dan terkejut. Menerusi apa yang berlaku sekarang, saya rasa Nasir kena jelaskan perkara yang betul. Cakap yang benar jangan cakap bohong. Malulah, kita sudah tua, bukan budak-budak lagi,”katanya.

Mozylir berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan secara virtual hari ini bagi memberi kenyataan balas terhadap dakwaan dan amaran Amy serta Nasir sebelum ini berhubung tindakan menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran.

Dakwa Amy dan Nasir, Mozylir dikatakan menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com bagi tujuan tersebut.

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search – Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.

Selain itu, Mozylir turut menjelaskan, pihaknya termasuk Din mempunyai bukti bahawa cubaan untuk menghubungi kedua-dua mereka juga gagal tanpa diketahui sebabnya.

“Sebelum ini, saya cuba beberapa kali hubungi Amy tapi gagal. Saya ada bukti yang saya hubungi dia tapi tak ada respon sama ada menerusi panggilan telefon mahupun aplikasi Whatsapp. Malah, saya dengan Nasir pun selalu berhubung sebelum isu ini timbul.

Sementara itu, menurut Din, dia tidak menolak kemungkinan Nasir mendapat informasi yang salah daripada mana-mana pihak tertentu selain mengakui berang apabila ada pihak cuba memburukkan imej dan namanya dengan menjual cerita peribadi.

“Kita tak mahu bergaduh pun dari awal, tetapi sekarang sudah nampak di mata orang yang kita seakan sedang berbalah. Mereka kata saya memandai-mandai dan tuduh saya cuba merancang sesuatu di belakang.

“Apa yang saya buat? Cuba jelaskan apa dia? Kita sudah 40 tahun berkawan dan macam sebuah keluarga.Tapi mereka bagi kenyatan pun nampak macam tak kukuh, celaru. Ada pula pihak lain yang tiba-tiba nak serang saya dengan isu peribadi, untuk apa?

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana memalukan saya dengan serangan berbaur peribadi. Kita bincang isu perniagaan, maka perniagaan sahajalah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya