'Nasib kami di pulau makin malap' - pengusaha pelancongan

‘Nasib kami di pulau makin malap’

KEADAAN kawasan persekitaran jeti di Kampung Tekek yang selalu meriah kini sepi tanpa kehadiran pelancong di Pulau Tioman di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: “Sudah tiada apa lagi kerana kami tiada pendapatan. Belanja setiap bulan keluar de­ngan harapan ada ruang dan peluang untuk kami tetapi malang nasib kami makin malap.”

Demikian luahan Pengurus Bahagian Peladang Tioman Chalet, Sukeri Khamis kepada Utusan Malaysia setelah kerajaan sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurut Sukeri, tiada apa lagi yang mampu diungkapkannya kerana sektor pelancongan di pusat peranginan di Pulau Tioman di sini sedang berdepan dengan saat cukup suram dan malap.

“Belum pernah kami ber­depan saat gelap sebegini di mana langsung tiada kehadiran pelancong dan kini derita itu makin terasa ekoran pelaksanaan PKP,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan pandemik Covid-19 membuat keputusan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan ke­cuali tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasa­ngan jarak jauh.

Wakil Pengurus South Pacific Chalet di Kampung Air Batang, Azamudin Mohamed berkata, PKP sebulan akan terus menjadikan Pulau Tioman sunyi sepi dengan tiada lagi kedenga­ran riuh rendah pelancong di situ.

“Tentunya kami pengusaha chalet sangat terkesan kerana ini merupakan sumber pendapatan utama kami, jadi secara langsungnya ia menjejaskan ekonomi keluarga kami. Kami juga ada menanggung kerugian perbelanjaan chalet.

“Sejak PKP 2.0 bermula, kami tidak menerima sebarang pelancong. Ianya sangat berbeza dengan sebelum ini kerana kehadiran pelancong sebelum ini boleh dikatakan hampir setiap minggu kami. Kini sekali lagi PKP, nasib kami makin malap,” katanya.

Bagi wakil Pengurus Fiqtha Chalet, Faizaitul Maili Awang Mat pula, perniagaan mereka di pulau peranginan itu kini ibarat jatuh ditimpa tangga.

“Apa saya boleh katakan, perniagaan tahun ini lebih teruk berbanding tahun lalu, kini PKP pula dilaksanakan sekali lagi, apalah nasib kami di sini.

“Dalam situasi gawat ini, kami berharap tindakan segera daripada kerajaan bagi membantu kami peniaga, pengusaha resort untuk menstabilkan ekonomi pelancongan dalam negeri.

“Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku ini, cuma kami berharap pihak berwajib teliti semula bagi sektor pelanco­ngan, bagi sedikit ruang untuk kami selaku pengusaha chalet dan resort bernafas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya