Najib MC, prosiding bicara tangguh - Utusan Malaysia

Najib MC, prosiding bicara tangguh

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri itu cuti sakit selepas menjalani pembedahan mata, minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Menurut Muhammad Shafee, anak guamnya menjalani pembedahan mata pada Khamis lalu (20 Mei) kerana hematoma (bengkak mata) dan sepatutnya pulih semalam.

“Namun keadaan terjadi sebaliknya, sekarang proses pemulihan. Beliau mempunyai surat cuti sakit (MC) selama tujuh hari.

“Kita harap pulih dan boleh sambung perbicaraan kemungkinan esok atau Khamis memandangkan Rabu adalah cuti umum Hari Wesak,” katanya.

Dalam pada itu, Hakim Collin menetapkan penangguhan prosiding dan ia disambung esok.

“Kita cuba esok bagaimana, tetapi prosiding hari ini ditangguhkan.

“Sekiranya hematoma beliau bertambah baik, kita teruskan prosiding,” katanya.

Pada hari ini ditetapkan meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10 Mohd. Hazem Abdul Rahman, 49, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Muhammed.

Najib, 67, didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya