MITI nafi keluarkan senarai sektor dibenar beroperasi - Utusan Malaysia

MITI nafi keluarkan senarai sektor dibenar beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan mengeluarkan apa-apa grafik untuk senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun ini berikutan pelaksanaan total lockdown.

Menurut kementerian itu, senarai berkenaan akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

“MITI tidak mengeluarkan apa-apa grafik untuk senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 – 14 Jun 2021.

“Senarai ini akan diumumkan @MKNJPM dan bukan MITI. #beritapalsu #kekaltenang ,” katanya melalui Twitter rasmi kementerian itu malam ini.

Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes manakala angka kematian merekodkan 2,552 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya