Misi bantuan pertama selamat tiba di Gaza - Utusan Malaysia

Misi bantuan pertama selamat tiba di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Konvoi kemanusiaan pertama yang membawa misi bantuan selamat tiba di Gaza selepas beberapa jam gencatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel.

Lapor BBC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar mewujudkan koridor supaya mangsa yang cedera dapat dipindahkan.

Trak daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula membawa ubat-ubatan, makanan dan minyak ke Semenanjung Gaza selepas pihak Israel membuka semula laluan Kerem Shalom.

Jurucakap WHO, Margaret Harris meminta akses segera bagi bekalan dan kakitangan kesihatan kerana kemudahan kesihatan di wilayah itu berisiko dilimpahi ribuan mangsa yang mengalami kecederaan.

Pegawai Palestin pula berkata, puluhan juta dolar diperlukan bagi membangunkan semula wilayah yang sememangnya miskin serta menderita akibat Covid-19.

Ribuan penduduk Palestin mula kembali ke kawasan rumah masing-masing bagi menyaksikan sendiri kehancuran yang berlaku.

Pihak berkuasa berkata, proses pembaikan dan pemulihan semula akan mengambil masa selama bertahun-tahun.

Lebih 250 penduduk Palestin terbunuh dalam konflik yang berlarutan selama 11 hari itu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya