MCA dakwa MBPP cuba politikkan isu bekalan ayam - Utusan Malaysia

MCA dakwa MBPP cuba politikkan isu bekalan ayam

YEOH Chin Kah menunjukkan surat rasmi kepada MBPP yang memamklumkan MCA Pulau Pinang tidak akan menghadiri mesyuarat berhubung isu bekalan ayam sekiranya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak hadir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: MCA Pulau Pinang mendakwa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba bermain politik dalam isu membabitkan pusat penyimpanan dan pengedaran ayam serta monopoli bekalan ayam di negeri itu.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Yeoh Chin Kah berkata, ini kerana MBPP memaklumkan kepada media wakil MCA tidak hadir dalam mesyuarat yang berlangsung semalam untuk berbincang mengenai isu-isu berbangkit membabitkan bekalan ayam.

Sedangkan, jelas beliau, MCA terlebih dahulu menghantar surat kepada MBPP yang mana hanya akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut hadir.

“Namun, MBPP memberitahu media setelah menunggu kira-kira 25 minit, tiada wakil MCA yang hadir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Gabungan Peniaga-Peniaga Ayam Pulau Pinang membantah pelaksanaan larangan aktiviti penyembelihan di premis MBPP kerana didakwa menyebabkan berlakunya monopoli bekalan ayam terhadap peniaga.

MBPP menjelaskan tiada paksaan bagi peniaga-peniaga ayam untuk mendapatkan bekalan ayam bersih dari pusat penyimpanan dan pengedaran ayam di Batu Lancang seperti yang didakwa.

Semalam, sepatutnya berlangsung mesyuarat antara MBPP dan wakil MCA dan wakil dari Parti Gerakan namun MBPP memaklumkan kedua-dua pihak tidak hadir pada mesyuarat berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya