Maqis rampas sebanyak 5.9 tan kayu pine timber dari China

Maqis rampas 5.9 tan kayu pine timber dari China

KAYU jenis pine timber yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT selepas didapati tidak mematuhi syarat import yang dinyatakan di dalam permit import jabatan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesis pine timber seberat kira-kira 5.9 tan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini. 

Produk kayu yang diimport dari China yang dimuatkan di dalam tiga buah kontena itu ditahan ketika pemeriksaan rutin agensi berkenaan pukul 5.50 petang kelmarin. 

Menurut Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan, produk kayu yang dianggarkan bernilai RM30,314 itu ditahan kerana gagal mematuhi syarat import yang dinyatakan di dalam permit import yang diluluskan jabatan berkenaan. 

“Kegagalan syarikat mematuhi syarat mengimport kayu spesis pine timber adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu beliau menegaskan, pihaknya sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya