Mangsa kemalangan maut sempat hubungi suami - A. Asmadi

Mangsa kemalangan maut sempat hubungi suami

A. ASMADI ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wanita yang maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 263.3, Lebuh Raya Utara-selatan arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam, sempat menghubungi suaminya bagi memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa, Maryamah Talib, 52, sempat memberitahu suaminya yang juga anggota trafik di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bahawa dia selamat sebelum panggilan telefon dibuat wanita itu tiba-tiba senyap dan terputus.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz berkata, nahas di lokasi kejadian pada mulanya hanya membabitkan kenderaan Perodua Myvi dipandu Maryamah yang terbabas masuk ke dalam longkang di kiri lebuh raya.

Katanya, wanita itu kemudian dibantu K. Nagantheran, 22, dan Wan Mohammad Husaini Wan Jusoh, 51, yang meletakkan kenderaan masing-masing di tepi jalan.

“Selepas berjaya diselamatkan, sebuah kereta Perodua Alza dipandu lelaki berusia 46 tahun hilang kawalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang ketika itu berdiri di belakang kereta jenis Mitshubishi Triton di tepi jalan.

“Rempuhan itu mengakibatkan kesemua mangsa dan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu jatuh ke dalam longkang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Asmadi, Nagantheran yang memandu Perodua Myvi cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala Maryamah meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, Wan Mohammad Husaini yang juga parah kini berada di zon merah HRPB manakala rakannya yang memandu SUV tidak cedera.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu Perodua Alza cedera parah manakala isterinya patah tangan kanan dan cedera di muka. Empat anak pasangan itu selamat,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kereta jenis Perodua Alza itu hilang kawalan dan merempuh kenderaan yang sedang berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya