LONDON: Walaupun kelihatan keluarga Glazer ada sedikit minat untuk menjual kepentingan dalam Manchester United, tetapi keperluan utama sekarang yang jelas adalah mendapatkan semula sokongan penyokong.
Salah satu pilihan yang dipertimbangkan adalah percubaan untuk menandatangani penyerang bertaraf dunia dari Tottenham, Hary Kane.
Bintang Spurs, Kane adalah yang teratas dalam senarai mereka dan SunSport difaham penyerang Englag itu juga berminat dengan perpindahan ke Old Trafford.
Pendirian Pengerusi Spurs, Daniel Levy pula, jika mereka terpaksa menjual Kane mereka tidak akan menjualnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris.
Pada masa sama Spurs memerlukan dana untuk membangunkan pasukan pada musim panas ini yang mana menyukarkan mereka untuk terus berpegang kepada pendirian tersebut.
Dan United mungkin akan menguji pendirian Levy iu dengan menawarkan Kane pada harga 90 juta pound.
Kane yang menjaring 31 gol musim ini pada Mac lalu menegaskan dai mahukan kejayaan bersama Spurs namun impian itu nampak pudar menguatkan lagi keinginannya untuk bersama kelab lain.