Majikan dikompaun bawa pekerja lebih tiga orang dalam kenderaan

Majikan dikompaun bawa pekerja lebih tiga orang dalam kenderaan

LIMA individu yang menaiki sebuah kenderaan dikompaun selepas gagal mematuhi bilangan mengikut kapasiti kenderaan dalam 'snap check' pematuhan SOP PKP 3.0 di Kampung Serampang Indah (Gatco) Jempol, Negeri Sembilan petang semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang majikan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas dikesan gagal mematuhi bilangan pekerja mengikut kapasiti kenderaan dalam ‘snap check’ pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Kampung Serampang Indah (Gatco) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, polis menahan sebuah kenderaan jenis Nissan Navara dan hasil pemeriksaan mendapati penumpang dalam kenderaan tersebut melebihi daripada tiga orang. 

Menurutnya, kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berusia 26 tahun yang beralamat di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor sebanyak RM10,000.

“Empat orang lagi lelaki dengan tiga daripadanya berasal dari Lahad Datu, Sabah turut dikenakan kompaun atas kesalahan melebihi jumlah penumpang yang dibenarkan dalam satu kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun turut dikenakan kompaun selepas gagal memberi alasan yang munasabah dan menunjukkan permit pergerakan rentas daerah atau negeri.

“Lelaki berkenaan yang memandu lori jenis Isuzu ditahan oleh pasukan Pematuhan SOP PKP 3.0 di Jalan Besar Bahau-Tampin dan sebaik disemak lelaki berkenaan beralamat di Taman Sri Desa, Simpang Pertang, Jelebu dan gagal memberikan alasan munasabah berada di Jempol,” katanya.

Chang Hook berkata, secara keseluruhanya kompaun bernilai RM13,000 dikeluarkan bagi lima kompaun individu semalam.

Menurutnya, kesemua kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya