Lindungi diri, lindungi semua- Agong - Utusan Malaysia

Lindungi diri, lindungi semua- Agong

- FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dengan kebiasaan baharu dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lindungi diri, lindungi semua,” titah baginda berdua dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

Rakyat Malaysia yang menganut agama Buddha di seluruh negara menyambut Hari Wesak pada hari ini dan turut diisytiharkan sebagai cuti umum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya