Lima pengganas Abu Sayyyaf ditembak mati - Utusan Malaysia

Lima pengganas Abu Sayyyaf ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis menembak mati lima anggota pengganas Abu Sayyaf di Beaufort, Sabah pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata, salah seorang yang terbunuh ialah ‘sub leader’ kumpulan Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Mabar Binda.

Menurut beliau, Mabar juga berada senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

Kata beliau,  semua yang maut berusia antara 20-an hingga 40-an.

“Dengan tumpasnya lima anggota kumpulan ini, polis yakin berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Pada Ogos tahun lalu,  seorang sub-komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang  memenggal kepala rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen pada November 2015, ditahan polis Filipina pada 13 Ogos 2020.

Idang atau nama penuhnya, Abduljihad Susukan ditahan pada 8.30 malam, di rumah pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Nur Misuari di Davao City.

Idang antara 21 warga Filipina disenaraikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebagai penjenayah dikehendaki di Malaysia berhubung kes-kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.

Penculikan Bernard Then dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015 sehingga mangsa dipenggal kepala antara kejadian yang didalangi Idang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya