Lima pekerja bengkel kereta dikompaun langgar SOP

Lima pekerja bengkel kereta dikompaun

LIMA orang pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, Jempol dekat sini, dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 selepas dikesan gagal mendaftar masuk ke premis pekerjaan, pagi tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Lima orang pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, dekat sini, dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 seorang selepas dikesan gagal mendaftar masuk ke premis pekerjaan mereka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 11.15 pagi, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun telah gagal mendaftar masuk bekerja ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disedia.

“Kesemuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan.

“Terdahulu, kompaun turut dikeluarkan ke atas seorang pelanggan di sebuah pasar mini di Taman Serting Jaya kerana gagal mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya