Lapor asnaf, fakir miskin terkesan Covid-19 di Kedah

Lapor asnaf, fakir miskin di Kedah

ZAKARIA Othman (tengah) menunjukkan platform ‘Jom Lapor Asnaf’ di aplikasi Zakat on Touch yang boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang golongan asnaf di Alor Setar, hari ini. - FOTO/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penduduk di negeri ini disaran menyalurkan maklumat mengenai golongan asnaf, fakir miskin serta kumpulan mudah miskin yang terkesan akibat pandemik Covid-19 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan segera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, maklumat itu boleh dibuat pada bila-bila masa menerusi ‘Jom Lapor Asnaf’ melalui aplikasi Zakat on Touch.

“Kita minta orang ramai bantu dengan menyalurkan maklumat tentang golongan tersebut termasuk peniaga yang terjejas teruk yang belum dibantu untuk kita bantu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Zakat di sini hari ini.

Katanya, selain asnaf dan fakir miskin, golongan mudah miskin yang terdiri daripada mereka yang kehilangan kerja atau perniagaan terjejas secara tiba-tiba juga dalam perhatian LZNK.

“Jumlah golongan mudah miskin ini meningkat sepanjang pandemik Covid-19 ini dan kita akan lihat bantuan mengikut kesesuaian. 

“Kumpulan ini biasanya diberikan bantuan one off atau sekali gus untuk bantu mereka bangkit semula,” ujarnya.

Menurutnya, penyaluran maklumat daripada penduduk setempat penting kerana ada golongan miskin yang menyembunyikan kesusahan hidup dihadapi mereka.

“Kadang kala kita hanya nampak di luaran mereka tinggal di rumah besar, namun ramai tidak tahu mereka hidup susah yang mana mereka tinggal di rumah pusaka,” katanya.

Zakaria berkata, siasatan akan dilakukan terhadap maklumat diberikan untuk mengenal pasti kelayakan mereka untuk menerima sumbangan LZNK.

Beliau pada masa sama turut meminta orang ramai untuk bantu menyalurkan maklumat tentang golongan asnaf memerlukan.

Tambahnya, LZNK telah menyalurkan bantuan sara hidup sekaligus berjumlah RM1.12 juta pada tahun lalu dan sebanyak RM366,800 bermula Januari lalu hingga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya