Komuniti usah bimbang pembukaan PKRC di UMT

Komuniti kampus usah bimbang pembukaan PKRC di UMT

MUHAMMAD Lutfil Zulkafa (kanan) dan Saifur Rahman Muhammad (tengah) ketika program  Bicara Khas: PKRC@UMT secara dalam talian hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penduduk di sekitar kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini tidak perlu bimbang dengan pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di kampus institusi pendidikan itu.

Pengarah PKRC UMT, Dr. Muhammad Lutfil Zulkafa berkata, kewujudan pusat berkenaan tidak mendedahkan risiko jangkitan kepada warga UMT mahu pun komuniti setempat.

Katanya, pemilihan kampus UMT sebagai PKRC kelima yang beroperasi di negeri ini adalah tepat selepas mengambil kira beberapa penilaian risiko dan akses.

“Pembukaan pusat ini tidak mengganggu perjalanan atau operasi UMT kerana kita menggunakan pintu pagar, laluan dan blok asrama khas yang dikawal rapi.

“Kita sudah memasang kawad duri di kawasan sekitar PKRC bagi memastikan tidak ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau pencerobohan di blok tersebut,” katanya dalam program Bicara Khas: PKRC@UMT secara dalam talian hari ini.

Antara panel lain ialah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Saifur Rahman Muhammad.

Menurut Muhammad Lutfil, pihaknya akan memastikan semua pesakit hanya berada dalam dewan PKRC dan tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan luar di samping turut memasang penghadang fizikal bagi mengelak perkumpulan antara pesakit sepanjang menjalani rawatan.

Sementara itu, Saifur Rahman menasihatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan berikutan peningkatan kes jangkitan yang tinggi ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya