Komando Tentera Nigeria maut pesawat terhempas - Utusan Malaysia

Komando Tentera Nigeria maut pesawat terhempas

LEFTENAN Jeneral Ibrahim Attahiru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIGERIA: Ketua Angkatan Tentera Nigeria, Leftenan Jeneral Ibrahim Attahiru maut ketika pesawat yang dinaikinya terhempas berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaduna.

Lapor BBC, berita kematian itu disahkan oleh jurucakap tentera udara, Edward Gabkwet tanpa memberikan sebarang perincian mengenai nahas itu.

Berita kematian Attahiru tersebar selepas pemimpin kumpulan Boko, Abu Bakar Shekau cedera parah selepas bertembung dengan pemberontak dari sekutu negara Islam lain.

Rabu lalu, sumber perisikan memberitahu, kumpulan pemberontak lain menyerang puak Shekau di kubu kuat mereka di Hutan Sambisa, timur laut Borno.

Shekau mengalami kecederaan serius selepas cuba membunuh diri untuk mengelakkan penyerang mengepungnya selepas berlaku beberapa pertempuran.

Media Nigeria dikejutkan dengan spekulasi mengenai lelaki yang pernah menjadi tajuk utama dalam media antarabangsa kerana pernah menculik 300 pelajar perempuan pada 2014 yang berkemungkinan besar telah mati.

Namun, selepas 24 jam berita itu tersebar, pihak tentera masih menyiasat secara terperinci mengenai situasi sebenar Shekau.

Tentera Nigeria berdepan dengan kumpulan pemberontak di timur laut negara itu sejak 2009.

Konflik itu menyebabkan lebih 40,000 orang terbunuh dan berjuta-juta orang menjadi pelarian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya