Khatib meninggal dunia ketika sedang memberi khutbah Aidilfitri -

Khatib meninggal dunia ketika sedang memberi khutbah Aidilfitri

Masjid Istiqamah Kamang Magek, Agam, Sumatera Barat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang khatib di Sumatera Barat meninggal dunia ketika sedangkan memberikan khutbah Hari Raya Aidilfitri semalam.

Menjelang detik-detik sebelum menghembuskan nafas terakhir, khatib bernama Marnis Bahrum, 70, itu sedang memberikan khutbah di Masjid Istiqamah Kamang Magek, Agam, di Sumatera Barat.

Marnis tiba-tiba tersandar di mimbar ketika memberikan khutbah.

Melihat kejadian itu, jemaah masjid kemudian membantu Marnis untuk dibawa ke hospital.

Namun, Marnis sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

“Ketika kejadian khatib sedang memberikan khutbah di atas mimbar dan kemudian tersandar.

“Sempat ditolong jemaah, tapi akhirnya meninggal dunia,” kata seorang jemaah Rio Eka Putra.

Rio mengatakan, kejadian tersebut sangat mengejutkan jemaah, kerana berlaku secara tiba-tiba.

Marnis sebelum itu tidak menunjukkan apa tanda yang dia sedang sakit.

Sebelum memberikan khutbah, Marnis juga menjadi imam sembahyang solat sunat Aidilfitiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya