Kes lebih 9,000, masih ramai ingkar pakai pelitup muka

Kes lebih 9,000, masih ramai ingkar pakai pelitup muka

ORANG ramai terus dinasihatkan memakai pelitup muka dan menjaga SOP jika terpaksa keluar bagi urusan penting.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biarpun kes positif Covid-19 terus meningkat dengan lebih 9,000 kes direkodkan hari ini, namun bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam naik dengan 617 individu diberkas semalam berbanding 581 individu kelmarin. 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 579 individu dikenakan kompaun manakala 38 lagi direman hasil pemantauan melibatkan 15,887 anggota Task Force Operasi Pematuhan.

“Kesalahan tertinggi kali ini masih lagi tidak memakai pelitup muka iaitu 118 kes, diikuti rentas kawasan tanpa kebenaran (112), gagal menjaga jarak fizikal (111), tidak merekod butiran diri (77), tidak patuh arahan PKP (66), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain lagi (122).

“Seramai 32 pendatang asing tanpa izin ditahan dan 12 buah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng selain sebanyak 162 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara ini melalui lapan aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 792 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemua dikuarantin dengan sejumlah 8,052 individu terbabit masih lagi menjalani proses itu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 480 peruncit, 151 pemborong dan 30 pengilang termasuk melakukan 2,293 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis mematuhi peraturan ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya