Kes hantaran IG milik ibu Neelofa disiasat polis Selangor

Kes hantaran IG milik ibu Neelofa disiasat polis Selangor

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes siasatan melibatkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan dan selebriti popular, Neelofa kini diambil alih oleh polis Selangor untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebelum ini kes itu disiasat polis Kuala Lumpur, namun diserahkan kepada pihaknya selepas didapati insiden itu berlaku di Selangor.

Bagaimanapun, katanya, jika perlu, pihaknya akan memanggil semula wanita berkenaan untuk melengkapkan siasatan.

“Saya dimaklumkan wanita itu membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan percakapannya sudah direkod oleh polis di kontinjen berkenaan.

“Kita juga akan memanggil individu lain termasuk kakitangan wanita yang dikatakan mempunyai akses membuka laman Instagram milik ibu selebriti itu dan membuat hantaran berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, polis memulakan siasatan berhubung satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman sosial, Instagram milik Datin Noor Kartini Mohamed.

Ini susulan laporan diterima polis dibuat pemilik akaun berkenaan kira-kira pukul 5.44 petang semalam.

Siasatan awal mendapati hantaran yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar itu dimuat naik wanita berusia 32 tahun dipercayai pengurus media sosial syarikat milik Noor Kartina selaun  mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik ibu Neelofa dengan membuat hantaran melalui medium ‘IG Story’.

Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya