Kes babitkan pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah sudah lama ditangguh -

Kes babitkan pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah sudah lama ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akibat peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri Kedah, pembedahan dan prosedur elektif telah lama ditangguhkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkaya, ini telah dapat mengurangkan penggunaan katil untuk kes pembedahan serta membolehkan lebih banyak wad ditukar fungsi (repurpose) untuk dijadikan wad merawat pesakit Covid-19.

Pada masa yang sama, katanya, anggota perubatan di lain-lain disiplin dapat dioptimakan sebagaimana yang telah diarahkan melalui surat Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 7 Mei yang lalu.

“Di dalam Gambar – Pakar Bedah Am dan Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sedang merawat pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.
“Walaupun doktor-doktor ini merupakan pakar bedah, mereka telah ditempatkan secara sementara oleh pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi membantu perawatan pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19 di hospital tersebut walaupun kes tidak melibatkan masalah berkaitan pembedahan.
“Jika keadaan ini berterusan, maka lebih ramai lagi pakar dari lain-lain disiplin terpaksa dimobilisasikan bagi menampung pertambahan kes Covid-19.
“Semoga kita terus mematuhi SOP, “lock down kendiri” di rumah supaya rantaian jangkitan Covid-19 di negeri Kedah dan lain-lain negeri di Malaysia akan dapat diputuskan,” katanya dalam hantaran di Facebook
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya