Kerajaan lulus RM200 juta lagi kepada KKM - Tengku Zafrul - Utusan Malaysia

Kerajaan lulus RM200 juta lagi kepada KKM – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan menangani wabak Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tambahan itu menjadikan keseluruhan peruntukan kepada KKM setakat ini mencecah RM1 bilion.

Beliau berkata, peruntukan itu digunakan bagi meningkatkan keperluan KKM susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara akhir-akhir ini.

“Ia akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan katil di hospital KKM, hospital pengajar universiti dan menyediakan hospital medan Kementerian Pertahanan.

“Peruntukan itu juga bagi membeli peralatan, ubat dan bahan guna habis yang berkaitan selain melantik pegawai perubatan secara kontrak membabitkan pesara,” katanya dalam sidang akhbar khas secara dalam talian, hari ini.

Katanya, kementeriannya akan terus memantau keadaan dan komited untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi membendung Covid-19 di negara ini.

Tengku Zafrul berkata, setakat April lalu, sebanyak RM318 bilion sudah dibelanjakan KKM.

Menurutnya, kementeriannya juga terus memberi keutamaan kepada keperluan kesihatan awam dan memastikan sumber mencukupi dalam membantu menangani keperluan berikutan kenaikan kes Covid-19.

“Walaupun dengan jumlah peruntukan baharu RM1 bilion ini, kami terus memantau keadaan dan berurusan dengan KKM dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan jika memerlukan sumber tambahan.

“Kerajaan tidakberkompromi berhubung dengan isu nyawa dan keutamaan akan terus diberikan bagi menyokong sistem kesihatan awam, terutamanya pada masa krisis Covid-19 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa negara bakal berdepan impak ekonomi lebih buruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan semula.

“Kami jangkakan pelaksanaan PKP 1.0 pada masa ini menyebabkan kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi dengan pengangguran mencecah bakal mencecah satu juta pekerja.

“Sekiranya sektor ekonomi ditutup sekali lagi, kebanyakan perniagaan bakal bergulung tikar yang akan memberi impak secara langsung kepada pengangguran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya