Kenyataan Dr. Rafidah tidak wakili KKM - Utusan Malaysia

Kenyataan Dr. Rafidah tidak wakili KKM

DR. RAFIDAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan, status yang dimuat naik Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menerusi Twitternya mendakwa pihak media tidak memainkan peranan menulis kebaikan vaksin kepada rakyat, tidak mewakili kementerian itu.

KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Jelasnya, pihak KKM amat menghargai peranan media yang banyak membantu dalam menangani wabak Covid-19 terutama dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

“Kenyataan Dr. Rafidah bukanlah kenyataan rasmi KKM. Pihak KKM akan memanggil Dr. Rafidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi.

“KKM sangat menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian dalam menangani wabak pandemik Covid-19. Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali,” katanya hari ini.

Dalam ciapan di Twitternya, Dr. Rafidah memuat naik status meminta media menunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat.

“Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP (prosedur operasi standard).

“Pedulikan mereka ini. Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul. Lebih kan,” katanya.

Sebagai reaksi kepada ciapan Twitter pakar kesihatan itu, beberapa individu berkongsi pelbagai artikel berkaitan kebaikan vaksin yang pernah ditulis pengamal media dari pelbagai agensi sebagai menjawab kritikan Dr. Rafidah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya