PETALING JAYA: Semua kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh perintah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh perlu mendapatkan permit daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semula.
Majlis Keselamatan Negara pada satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut kenyataan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan MITI dengan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 perkhidmatan perlu.
Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pekerja di sektor perkhidmatan yang dibenarkan bekerja perlu mendapatkan surat kebenaran baharu dari kementerian berkaitan. – UTUSAN