Kapal kontena meletup di perairan Colombo - Utusan Malaysia

Kapal kontena meletup di perairan Colombo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sebuah kapal kontena yang membawa seramai 25 kru kapal termasuk dari Filipina, China, India dan Rusia meletup sehingga terbakar ketika berlabuh di ibu negara Sri Lanka.

Kapal MV X-Press Pearl berlabuh di 18 kilometer barat laut Colombo yang sedang menunggu giliran untuk memasuki kawasan pelabuhan.

Punca kebakaran dipercayai berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang dibawa oleh kapal yang membawa bendera Singapura.

Kapal itu membawa 1,486 kontena termasuk 25 ton asid nitrik dan bahan kimia lain yang diletakkan di pelabuhan Hazira, India, 15 Mei lalu.

Jurucakap tentera laut, Indika De Silva berkata, pasukan penyelamat dan anggota bomba melakukan usaha menyelamat selepas kebakaran berlaku.

Katanya, beberapa kontena juga jatuh ke laut disebabkan insiden itu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya