Kanak-kanak lelaki jatuh longkang ditemukan lemas 

Kanak-kanak lelaki jatuh longkang ditemukan lemas 100 meter

TEMPAT mangsa terjatuh di dalam longkang berhampiran Masjid Bukit Malut, Langkawi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran Masjid Bukit Malut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 1.50 petang.

Menurut Shariman, sebelum itu, mangsa dipercayai sedang bermain air hujan di hadapan masjid tersebut bersama sekumpulan kanak-kanak lain.

“Selepas terjatuh, mangsa dihanyutkan arus di dalam longkang tersebut dan mangsa ditemukan sejauh kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjatuh pada pukul 2.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shariman memberitahu, pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati kes ini tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya