'Kalau Perlis jadi seperti India habis semua' - Azlan Man

‘Kalau Perlis jadi seperti India, habis semua’ – MB

AZLAN (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan pada program I-Care4u - Ziarah Kasih Ramadan di Kampung Jarak, Bintong, Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Setiap individu perlu mempunyai tanggungjawab dan disiplin dengan perlu melaporkan diri di Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan di sini apabila pergi atau pulang dari kawasan zon merah Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pihaknya tidak boleh mengawal atau mengenal pasti mana-mana individu yang pergi atau pulang dari zon merah, sebaliknya kesedaran itu perlu ada dalam kalangan diri sendiri jika tidak mahu melihat keadaan Covid-19 bertambah buruk di negeri ini.

Katanya, jika mereka menggunakan mana-mana ‘laluan tikus’ merentas negeri agak sukar untuk pihaknya mengenal pastinya.

“Ada setengah pergi kenduri sebelum ini (di luar) dan akhirnya menjadi kontak rapat dan bergejala. Lima kes beberapa hari lepas, salah seorang daripada mereka itu pergi ke Kelantan dan menjadi kontak di sana. 

“Malah empat kes kelmarin, salah seorang daripadanya pergi ke Kedah dengan ahli keluarganya bergelaja dan akhirnya positif seterusnya menjangkiti orang lain.

“Jadi setiap daripada kita mesti mempunyai tanggungjawab sendiri kerana kita tidak boleh kawal siapa yang pergi atau pulang dari zon merah itu,” katanya ketika ditemui pada program I-Care4u – Ziarah Kasih Ramadan di Kampung Jarak, Bintong, di sini hari ini.

Tambah Azlan, penularan wabak Covid-19 perlu dikekang agar tidak menjadi seperti India yang mencatat 400,000 kes sehari.

“Kita tidak mahu jadi seperti India, 400,000 sehari, kalau di Perlis berlaku seperti itu, habis semua rakyat di negeri, tidak ada siapa dah termasuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu, keadaan Covid-19 di Perlis masih terkawal dan terus kekal berada di zon hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN