Jurulatih olahraga positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Jurulatih olahraga positif Covid-19

MANSHAHAR ABDUL JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd. Manshahar Abdul Jalil bersama dua ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S.M. Muthu yang turut memberitahu, Mohd. Manshahar dikuarantin di rumah selama 14 hari bersama anak lelakinya selepas didapati positif jangkitan itu, Sabtu lalu.

Katanya, ketua jurulatih negara yang mesra disapa Cikgu Manshahar mengalami demam panas dan bertindak berjumpa doktor, Rabu minggu lalu selepas demamnya tidak pulih dan kemudian melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19.

“Keadaannya agak terkawal kerana jangkitannya tidak begitu serius selain tiada sebarang komplikasi kesihatan lain.

“Kami semua berdoa agar dia kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Difahamkan hampir kesemua atlet di bawah Program Podium menjalani latihan secara gelembung sukan di dalam Majlis Sukan Negara (MSN) kecuali atlet Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Iskandar Alwi (lompat bergalah).

Sebelum ini, atlet olahraga sudah menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan didapati negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya