JSPT Bukit Aman keluarkan 49 saman pelbagai kesalahan 

JSPT keluarkan 49 saman pelbagai kesalahan 

ANGGOTA PDRM mengadakan sekatan jalan raya ketika Operasi Bersepadu JSPT Bukit Aman bersama JPJ dan AADK di Lebuh Raya Elite KM 23 (Selatan) R&R Dengkil Arah Selatan, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah 49 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan polis dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Kilometer (KM) 23 Lebuhraya Elite arah selatan, di sini hari ini. 

Operasi yang bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). 

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JSPT Bukit Aman, Superintenden Bakri Zainal Abidin berkata, sebanyak 120 notis saman atas kesalahan memandu melebihi had laju di bawah saman Pol 170A turut dikeluarkan dalam operasi tersebut. 

“Sementara itu, JPJ  mengeluarkan sebanyak 58 notis saman ke atas pesalah lalu lintas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, AADK juga telah berjaya membuat tangkapan terdiri empat lelaki Melayu dan seorang lelaki India kerana kesalahan positif dadah dalam saringan air kencing yang dijalankan di lokasi operasi. 

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun,” katanya 

Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan bertujuan untuk mengesan pesalah trafik secara menyeluruh dan mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah. 

“Dokumentasi dan tangkapan telah diserah kepada AADK Sepang untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Turus Zon Tengah B, Asisten Superintendan, Amir Che Ya bersama empat pegawai dan 18 anggota JSPT Bukit Aman. 

Ia turut disertai tiga pegawai dan lapan anggota daripada JPJ serta dua pegawai serta dua pegawai dan sembilan anggota daripada AADK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya