JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan isteri, Ibu Iriana menunaikan solat Aidilfitri di halaman bangunan induk Istana Presiden di Bogor.
Presiden mengenakan baju putih lengan panjang dipadanlan dengan sarung bermotif batik dan peci hitam langsung menempati saf depan.
Sementara Ibu Iriana yang mengenakan mukena berwarna coklat muda langsung menuju tempat yang telah disediakan.
Imam solat sunat Aidilfitri itu ialah Sarjan Serda Ridwan Payopo iaitu salah seorang anggota dalam pasukan pengiring presiden.