Jemaah luar negara boleh tunai haji tahun ini - Utusan Malaysia

Jemaah luar negara boleh tunai haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Jemaah dari luar negara dibenarkan menunaikan ibadah haji di Masjidil Haram tahun ini dengan kawalan kesihatan ketat serta langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Lapor Saudi Gazette, perkara itu diputuskan oleh Kementerian Haji dan Umrah pada 9 Mei lalu dengan pematuhan segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Awal bulan lalu, pihak kementerian berkata, institusi kesihatan di Arab Saudi akan menilai keadaan serta mengambil semua langkah bagi menjaga kesihatan seluruh pengunjung.

Jelasnya, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai langkah-langkah khusus dan rancangan tersusun mengenai operasi haji nanti.

Ibadah haji terpaksa ditangguhkan tahun lalu buat kali pertama disebabkan pandemik Covid-19.

Hanya seramai 1,000 jemaah haji yang berada di Arab Saudi dibenarkan menunaikan ibadah itu, tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya