JBPM NS gerak 200 anggota laksana operasi sanitasi

JBPM NS gerak 200 anggota laksana operasi sanitasi

SEORANG anggota bomba menjalankan tugas sanitasi di luar pekarangan UTC Negeri Sembilan di Ampangan, Seremban. - FOTP/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menggerakkan 200 anggotanya bagi menjalankan operasi sanitasi bukan permohonan yang melibatkan 18 balai bomba kesemuanya bermula hari ini. 

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, inisiatif sanitasi bukan permohonan tersebut adalah sebagai langkah yang diambil bagi membendung penularan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan jangkitan sejak kebelakangan ini.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, hampir 2,000 lokasi awam di negeri telah disanitasi oleh pihak bomba. Sebelum ini, pihak kami mengikut permohonan namun selepas peningkatan kes kami mengadakan operasi sanitasi secara besar-besaran terutama di lokasi tumpuan awam. 

“Di samping itu, selain lokasi awam pihak kami dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengadakan sanitasi di beberapa pusat kuarantin di negeri ini. Boleh dikatakan kami akan mengadakan operasi secara berulang-ulang di lokasi yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Balai Bomba Seremban 2 dekat sini hari ini. 

Pada hari ini jelasnya, pihak bomba mengadakan sanitasi di tiga zon iaitu zon satu (Seremban), zon dua (Port Dickson) manakala zon tiga (Kuala Pilah).

“Antara lokasi tumpuan sanitasi adalah melibatkan dua buah Pusat Transformasi Bandar (UTC), 26 pasar awam, dua kawasan perumahan, sebuah surau dan sebuah pejabat di negeri ini, ia akan berakhir esok.

“Ia akan melibatkan keseluruhan 200 orang anggota di negeri ini. Kami juga akan menggunakan jentera FRT termasuk 36 buah kenderaan lain yang digunakan bagi operasi sanitasi awam ini,” katanya. 

Tambah Hamdan, pada masa yang sama, pihaknya perlu bersiap sedia di semua balai bomba bagi operasi menyelamat termasuk kes-kes kemalangan dan kebakaran di negeri ini sepanjang tempoh PKP. 

“Kami juga masih melakukan kerja hakiki seperti operasi menyelamat dan kebakaran ketika tempoh ini. Ada juga pihak yang memohon untuk sanitasi namun kami akan mengikut slot yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya