Jalan Gombak ke Bentong sesak kerana polis periksa secara teliti

Jalan Gombak ke Bentong sesak kerana polis periksa secara teliti

TANGKAP layar kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Gombak menghala ke Bentong dalam SJR berhampiran Plaza Tol Gombak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Gombak menghala ke Bentong disebabkan pemeriksaan teliti dijalankan pihak polis dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan perkara itu.

Katanya, pihak polis menjalankan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan di laluan tersebut secara teliti bagi memastikan mempunyai dokumen rentas negeri.

“Betul, sepanjang satu kilometer dan mungkin bertambah kerana pemeriksaan teliti polis,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, terdapat individu memuat naik gambar mendakwa berlaku kesesakan lalu lintas di SJR bermula pukul 9.30 pagi ekoran orang ramai yang cuba keluar daripada Selangor selepas kerajaan semalam mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown‘ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Individu berkenaan turut mendakwa perkara itu bukan pertama kali berlaku dan jika sememangnya ada yang cuba balik kampung, tindakan kompaun atau arahan berpatah balik perlu dilakukan terhadap mereka.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya