Jabatan Perhutanan Perak gagalkan tiga cubaan curi hasil hutan

Jabatan Perhutanan Perak gagalkan tiga cubaan curi hasil hutan

HASIL hutan yang dirampas Jabatan Perhutanan Perak di satu daripada tiga lokasi berasingan di Perak kelmarin dan semalam. - IHSAN JABATAN PERHUTANAN PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak menggagalkan cubaan mencuri hasil hutan bernilai RM25,000 di tiga lokasi berasingan, kelmarin dan semalam.

Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, dalam pemantauan yang dijalankan pada pukul 3 petang Selasa lalu di sekitar Hutan Simpan Bintang menjumpai satu tunggul pokok yang telah ditebang untuk dijadikan kayu belah. 

Katanya, pemeriksaan mendapati, tunggul pokok itu daripada jenis Petaling dengan diameter 60 sentimeter.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut mendapati tiada individu yang dikesan di kawasan itu. Dua buah motosikal dan 93 batang kayu pagar dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemantauan turut dilakukan di Hutan Simpan Bintang Hijau, Daerah Hutan Hulu Perak pada pukul 1.50 petang semalam kerana disyaki terdapat aktiviti mengambil hasil hutan tanpa kebenaran.

Katanya, dalam pemantauan itu, pihaknya menemui dua buah motosikal, dua perangkap haiwan, satu guni pancang kayu dan sebilah pisau selepas mengikuti jejak tayar bekas laluan motosikal kira-kira 1.2 kilometer ke dalam hutan. 

“Bagaimanapun, setelah menunggu tiga jam di lokasi kejadian, tiada individu tampil kerana dipercayai telah melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai aktif menjalankan aktiviti menebang kayu untuk dijadikan kayu sedia dan aktiviti pemburuan haram berdasarkan penemuan kesan belahan kayu dan perangkap haiwan di lokasi berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan kayu getah di Jalan Baling-Kuala Kangsar berhampiran simpang Kampung Langkor Kati pada pukul 7.45 malam.

Katanya, siasatan ke atas pemandu lori telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran membawa hasil hutan dari Jabatan Perhutanan Perak.

“Pemandu lori tersebut telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk siasatan lanjut. Walau bagaimanapun, pemandu lori tersebut telah dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil,” katanya.

Katanya, nilai kayu rampasan bagi kayu sedia ada sebanyak 93 batang dan 2,000 tual kayu getah ini dianggarkan bernilai RM25,000.00. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya