Israel tahan wartawan lebih lama - Utusan Malaysia

Israel tahan wartawan lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan wartawan, Zeina Halawani selama lima hari berhubung kesalahan membuat liputan di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Mahkamah itu mendakwa, penahanan dilanjutkan sehingga Isnin depan bagi melengkapkan siasatan terhadap wartawan itu.

Tentera Israel menahan Zeina bersama wartawan Wahbi Makkiyyeh lain, Khamis lalu semasa mereka membuat liputan pencerobohan polis Israel di kawasan penduduk di sana.

Wartawan itu malah dipukul oleh polis Israel semasa membuat liputan tersebut.

Pihak berkuasa Israel menghalang wartawan daripada memasuki kawasan kejiranan itu dengan berpuluh-puluh penduduk diugut atau diusir secara paksa.

Tindakan itu merupakan jenayah perang berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Sedangkan dalam masa sama, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki kawasan Sheikh Jarrah dengan perlindungan daripada pihak polis. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya