Insiden LRT: Laluan kecemasan tidak stabil, bahagian tapak patah - Utusan Malaysia

Insiden LRT: Laluan kecemasan tidak stabil, bahagian tapak patah

PASUKAN pemeriksaan fizikal terdiri daripada pegawai Bahagian Penguatkuasaan Rel dan Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memulakan kerja-kerja pemeriksaan sejak pukul 12.19 pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laluan kecemasan di sebelah kanan di lim rel 1447 didapati tidak stabil apabila bahagian tapak patah akibat kesan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong turut berkata, terdapat tiga klip rel tidak dipasang pada bahagian rel iaitu satu klip rel pada lim rel 1445 dan dua klip pada lim rel 1444.

“Ia perlu diambil tindakan pembaikan segera. Rapid Rail telah memasang klip rel tersebut serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian dalam laporan pembukaan landasan dan sistem keretapi di stesen KLCC – Kampung Baru (Sempadan Selatan) setelah pihak bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan pada pukul 12.19 pagi semalam.

Pemeriksaan fizikal itu dijalankan terdiri daripada pegawai Bahagian Penguatkuasaan Rel dan Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang telah memulakan kerja-kerja dengan keanggotaan seramai lapan orang di lapangan dan dua orang di Pusat Kawalan Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB).

24 Mei lalu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, APAD mengarahkan Rapid Rail menggantikan kabel sensor pengesan haba linear yang rosak bermula di terowong 126 sehingga terowong 96 sepanjang 28.5 meter.

“Ini adalah untuk memastikan sistem pengesanan kebakaran di dalam terowong berfungsi dengan baik dari Stesen KLCC sehingga Stesen Kg. Baru,” katanya.

Beliau turut berkata, pengujian ‘rollover train’ yang bermula pukul 3.08 pagi tadi mendapati simulasi pergerakan tren berada dalam keadaan baik dan pasukan pemeriksaan juga menyempurnakan misi pada pukul 4.30 pagi sebelum perkhidmatan LRT beroperasi bermula pukul enam pagi hari ini.

Kata beliau, sistem perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih mengikut pelan alternatif seperti diumumkan sebelum ini kerana bagi seksyen yang terlibat dalam perlanggaran tren, hanya satu landasan yang digunakan.

“Pihak APAD akan memeriksa semula sebaik sahaja pihak Rapid Rail menyempurnakan kerja pembaikan dan pemasangan yang disyaratkan. APAD akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum kelulusan pemulihan operasi diberi kepada Rapid Rail,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya