Insiden LRT: 213 penumpang cedera - Utusan Malaysia

Insiden LRT: 213 penumpang cedera

Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC. - UTUSAN-SHIDDIEQ1IIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 213 penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC dari arah stesen Kampung Baru di sini hari ini.

Jumlah itu melibatkan kira-kira 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan.

Difahamkan, sebahagian daripada mangsa kejadian sedang dibawa keluar melalui pusat beli-belah Avenue K di sini.

Sehingga pukul 10 malam tadi, operasi membawa keluar mangsa masih berjalan oleh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beberapa ambulans turut ke lokasi ini bagi membawa mangsa ke HKL.

Turut berada di lokasi kejadian adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong

Terdahulu, tular video menunjukkan keadaan panik melibatkan penumpang dalam sebuah tren.

Malah, terlihat beberapa individu dalam keadaan cedera akibat insiden tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya